CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, December 1, 2011

Belajar Matematik Melalui Permainan

Terdapat pelbagai kaedah yang boleh dilakukan dalam usaha untuk mendapatkan ilmu. Contohnya ialah melalui permainan ataupun game. Seiring dengan arus kemajuan teknologi kini, permainan berasaskan matematik boleh di dapati dengan mudah di internet. Belajar matematik melalui bermain akan mendatangkan keseronokan dan kepuasan kepada individu disamping merangsang, membina dan mengukuhkan pengetahuan sedia ada individu.

Sebagai contoh dalam website Math Playground terdapat pelbagai permainan matematik yang menarik. Antaranya ialah permainan linear equation, permainan fractions,decimals and percents, algebraic reasoning dan banyak lagi.

Menerusi permainan linear equations, pemain mempunyai misi menyelamatkan Zongs. Mereka dikehendaki menyelamatkan Zongs dengan memadankan linear equations yang betul. Lihat rajah berikut:-



Menerusi permainan fractions,decimals and percents, pemain dikehendaki mengumpulkan pecahan, perpuluhan dan peratusan yang diberi kepada kumpulan yang sama untuk melangkah ke level seterusnya. Lihat rajah berikut:-



Untuk melihat dan mencuba permainan matematik yang lain anda boleh melayari website Math Playground ini.

No comments:

Post a Comment